..

Sunday, 10 July 2011

Getaran Rindu - Norzailina Nordin


Getaran Rindu
Norzailina Nordin

Harga Asal: RM 19.90
Harga SyafeenaBlogshop : RM 11.00



Sinopsis
Mengisahkan perjalanan hidup Izham, seorang jurufoto yang jatuh cinta dengan seorang gadis bernama Fara, seorang pekerja di Perpustakaan Negara. Sebagai jurufoto, kenalan Izham ialah golongan korporat dan VIP. Tanpa disedari, Delia seorang pramugari juga menaruh hati padanya sedangkan dia adalah kekasih gelap Suffian yang juga kenalan Izham. Untuk mengelakkan Delia terus menghampiri Izham, Suffian telah merancang sesuatu dengan Tengku Kamil.

Ketika mereka menghantar Izham ke Venice untuk melakukan satu tugasan, bermacam-macam peristiwa telah berlaku. Adakah taktik Suffian dan Tengku Kamil dapat dibau oleh Izham? Haruskah Izham menerima cinta Delia sedangkan dia dan Fara semakin intim? Kenalan rapat heboh mengatakan Izham telah menghilangkan diri dan ada yang mengatakan dia telah mati. Mengapa perkara ini boleh terjadi? Adakah Izham benar-benar telah mati? Segala-galanya terjawab dalam GETARAN RINDU.
 Harga Asal : RM 13.90
Harga SyafeenaBlogshop : Rm 7.00


Cinta tidak semestinya bersatu. Terperangkap dalam dilema membuatkan dia terpaksa membuat keputusan. Pilihan ibu ayahkah yang perlu dituruti sedangkan jauh di hati, selaut kasihnya telah tercurah pada Haris, pilihan sendiri.

Hari berganti, bulan berlalu, Haris yang dinanti menghilangkan tanpa khabar berita. Separuh rela, lamaran Naim terpaksa diterima. Mereka berbahagia. Namun, sayangnya mendung menjelma. Dalam penantian menyambut kelahiran anak kedua, suami tercinta pergi buat selamanya.

 Tika duka membadai di hati, terjadilah pertemuan tanpa diduga. Haris yang disangka telah mengalih cinta, ingin kembali dalam hidupnya. Sudikah dia menerima lelaki itu sedangkan luka di hati masih terasa? Dan... andai cinta pertama telah dikecewakan, masih wujudkan cinta untuk kali kedua

Thursday, 23 June 2011

koleksi laila kamilia ..


Harga Asal : RM 18.00
Harga SyafeenaBlogshop : Rm 12.00


BIBIT-BIBIT cinta Eliana dengan Amri berputik sejak mereka sama-sama terlibat dalam aktiviti perkhemahan. Rimbunan kenangan manis bersama-sama Amri menguatkan lagi rasa cinta Eliana. Diri yang selama ini kontang dengan kasih sayang mula diresapi bara asmara, menghangatkan lagi seluruh musim dingin di hatinya.

Entah apa silapnya, sedang asyik dilambung rindu, bermulalah satu episod hitam dalam hidupnya. Amri tiba-tiba menghilang-kan diri sekali gus mengubah seluruh cerita cinta yang terlakar. Hatinya jadi rawan.

Tatkala itu, Imran Syakir menghadirkan diri. Jejaka sebelah rumah itu pada awalnya dipandang sinis oleh Eliana. Namun Imran tetap tegar mencelah, menjadikan kehadirannya mula dirasai. Datangnya untuk menyembuh lara hati, memberinya satu pengalaman cinta yang berbeza.

Resam hidup, dugaan akan sentiasa datang menguji ketabahan dan keimanan setiap insan. Tahun berganti tahun… Amri kembali menuntut haknya setelah Eliana dibiar sendirian melalui trauma. Eliana keliru. Kerana Amri, dia hampir gila. Kerana Amri juga, dia hampir menemui ajalnya!

Perlukah dia setia pada janji semalam yang telah berlalu pergi ataupun berpaut pada harapan esok yang belum pasti?

koleksi aleya aneesa ..




Harga Asal : RM 18.00
Harga SyafeenaBlogshop : RM 11.00

Sinopsis : SEMUSIM RINDU
Di sebalik senyumannya... ada tangisan yang panjang. Keperitan hidup menjadi anak buangan membuatkan Hajar Adira begitu berhati-hati. 15 tahun dia cuba membalut luka tetapi sehingga kini luka itu masih berdarah. Selagi parut itu masih ada, kemaafan untuk mereka mungkin tiada. Dulu Hajar pernah mengemis kasih sayang saudara sendiri, kini kasih itu tidak diperlukan lagi. Cukuplah jiwanya menderita dan zahirnya terseksa...

Benarlah... perasaan itu sememangnya sesuatu yang hidup. Hari ini tiada tapi esok mungkin ada. Hari ini ada, mungkin esok tiada. Tapi Hajar tahu perasaannya pada Ikhman tidak akan sirna sampai bila-bila. Bukan senang untuk dia jatuh cinta! Bila sekali perasaan itu bertapak, tiada apa yang mampu menghilangkan rasa cinta walaupun perasaan dendam pernah berapi di dadanya. Sesungguhnya kemaafan adalah dendam yang terindah...

Sungguh... Hajar rindu pada Ikhman. Tapi dia terlalu takut dilukai hingga tanpa sedar dia sebenarnya melukai hati dan perasaannya sendiri. Mungkin ini suratan yang tertulis dalam lipatan hidupnya. Di saat dia baru belajar bertatih untuk menerima dan memberi Ikhman kasih sayang yang tidak berbelah bahagi, dia dibiarkan terkapai-kapai seorang diri. Dan... yang paling perit dia dituduh menduakan suami sendiri! Inikah balasan ALLAH pada dirinya yang ingkar?

Akhirnya... kata putus harus diambil. Biarpun kasihnya digantung tidak bertali, status sebagai isteri tidak akan sesekali dicemari. Jika perpisahan menjanjikan penyatuan dua hati, dia rela berlari dan terus berlari demi mencari kebahagiaan sendiri. Yang pasti dia tidak mahu menjadi seperti bunga, dihirup madunya kemudian ditinggalkan begitu saja. Apakah Ikhman tahu maksudnya?






 

BooKed
Harga Asal : RM 19.90
Harga SyafeenaBlogshop : Rm 12.00

Sinopsis :

ASALNYA, dia anak polos yang selalu menceriakan hari-hari mama dan ayahnya. Menjadi penyeri di mata dan penyejuk di hati mereka. Bahkan, dia anak yang tidak pernah menghampakan kerana sejak kecil memang terasuh sifatnya. Namun sekelip mata semuanya berubah. Anak yang satu itu semakin kurang ajar dan suka mencabar kesabaran orang lain. Tidak lagi menjadi penenang setiap kali kelelahan. Sebaliknya hanya membuatkan setiap yang ada di sisinya kewalahan. Lantas demi menyedarkan, Zuyyin harus dihukum! Malangnya, hukuman demi hukuman yang diberi hanya membuatkan dia kian tegar. Dia semakin seronok melihat air mata orang lain tumpah kerananya. Istilah kesal langsung sirna dari kamus hidupnya.
Bila dugaan ALLAH benar-benar didatangkan padanya dalam keadaan tak terduga, dia rebah dipukul rasa bersalah. Lalu di tengah-tengah jiwanya yang rapuh, Yazzer yang selama ini menjadi musuh tradisi bangkit menghulur tangan. Bagi lelaki itu, saat pembalasan sudah tiba. Dan luka, bukankah luka juga penawarnya? Langkah Zuyyin teragak, namun dia tidak punya pilihan lain selain pilihan yang satu itu kerana dia bukan siapa-siapa lagi.


Followers