..

Tuesday 31 May 2011

jualan murah !


Hye2..

utk pengetahuan korang..novel2 di atas.. telah diberi diskaun sehingga RM 12.00 aje sebuah..harga nie adlah termasuk kos pos..bagi yang xperlukn pos..harga sebuah adlah RM 10.00 aje ..murah kan ??



tajuk-tajuk novel :

001- Dia Di Hati
002- Lakaran Kasih
003- Sanjungan Kasih
004- Cinta Sejati - sold
005- Sedetik Cinta
006- Secebis Rindu -sold
007- Pasrah Kasih -sold



berminat mesej : 017-5229591 atau emel : isya.feena@yahoo.com ..

kuantiti adalah terhad ok..

p/s: sinopsis tidak disertakan utk post ini ..harap maklum.

Thursday 26 May 2011

promosi mei 5 :)

Koleksi Sharifah Abu Salem


Harga Asal :RM 24.00
Harga SyafeenaBlogshop : RM 19.00
10/10

Sinopsis :
Kekosongan jiwa Razif bagaikan terisi melihat kemesraan orang gajinya, Norjinah melayani kerenah anak-anaknya. Norjinah bagaikan sinar yang membawa cahaya bahagia dalam hidup Razif. Dia hampir dapat melupakan kekecewaan setelah ditinggalkan isterinya yang curang, Salmi.

Namun, segala-galanya berubah apabila Razif menerima Salmi semula yang lumpuh akibat kemalangan. Bermula detik itu, Norjinah benar-benar belajar erti sebuah kehidupan. Demi masa depannya, dia kumpulkan segala kekuatan, kesabaran dan memberanikan diri menghadapi segala dugaan dengan hati yang tabah.

Razif pula berperang dalam kemelut rasa kasih, sayang, cinta dan simpatinya yang menuntut sebuah pengorbanan. Apakah yang mendorong ketiga insan ini begitu tekad menentang arus, melupakan kepedihan dan berani berhadapan dengan kenyataan meski pun ada hati yang tercalar luka?

Sesungguhnya, ajal maut, jodoh pertemuan di tangan TUHAN. Tak Seindah Mimpi sebuah karya yang kaya dengan nilai kasih sayang dan kemanusiaan. Suatu rentetan perjalanan hidup yang sesuai dijadikan ikhtibar di samping menginsafi bahawa adakala hidup ini tidak seindah yang diimpikan.

Harga Asal : RM 19.90
Harga SyafeenaBlogshop : RM 15.00


SOLD
8/10


Sinopsis :

NORJINAH... bahagianya sekejap cuma. Kini, kasihnya bersama Razif digugat orang ketiga. Sekeping kad luahan cinta seorang gadis untuk Razif, meraih air matanya. Benarkah suaminya menjalin hubungan sulit di belakangnya? Apakah ini balasan TUHAN sedangkan dia tidak merampas Razif dari sesiapa! Tapi... siapakah gadis itu?
“Lupakah Abang Razif pada janji kita untuk sehidup semati?”

NORSEHA... bukan kali pertama dia melihat lelaki itu. Tetapi pertemuan kedua ini mengusik perasaannya. Lelaki tampan itu cukup memikat. Apatah lagi layanannya yang romantik dan gentleman pada Norjinah menerbitkan api cemburu di hatinya. Sepatutnya, dia tidak boleh berperasaan begitu. Ah... mengapa harus mengalah pada Norjinah? Dia juga merampas Razif dari orang lain.
“Saya cintakan Abang Razif seperti Norjinah cintakan abang!”

RAZIF... sukarnya melafazkan kata-kata. Jika boleh, rahsia ini biar menjadi rahsia. Kalau Norjinah tahu perkara ini, bagaimana? Sedangkan dia tidak pernah berubah hati pada wanita lain. Tapi... gadis itu terlalu berani meluahkan perasaannya. Mampukah dia menepis godaan yang datang?
“Tak mungkin Norseha. Abang hanya cintakan Norjinah!”

Kebahagiaan ini ibarat api yang membakar. Ia cukup menyeksakan. Cinta tak mengenal abang, kakak dan adik! Menang atau kalah bukan jawapannya. Cuma, jangan binasa mengikut rasa kerana impian itu lebih manis dari kenyataan.

p/s : kalau beli dua .. harga RM 30 .. termasuk pos .. :)



promosi mei 2 :)

Spanar Rindu Skru






Harga Asal : RM 19.90
Harga SyafeenaBlogshop : Rm 13
512 mukasurat

10/10
Sinopsis:
Pertemuan tanpa diduga di alam maya membuatkan hubungan Minah Spanar dan Mat Skru bertambah erat. Sehari tidak berchatting terasa dunia seakan tidak ceria walaupun mereka tidak pernah bersua muka. Spanar sering berkongsi rasa dan cerita dengan Skru tanpa sebarang curiga. Skru yang bertindak sebagai pendengar dan penasihat membuatkan jiwa Spanar sentiasa tenang. Setiap kali dilanda rindu, kepada Skru, dia meluahkan semuanya.

Sikap Skru membuatkan Spanar mengingati Amin, lelaki yang dikenalinya tujuh tahun yang lalu. Dia pernah ada rasa sayang pada Amin, namun mereka terpaksa berpisah kerana perbezaan taraf. Akhirnya, Amin pergi akibat rasa terhina. Dan selama itu jugalah, dia menjadi penunggu yang cukup setia. Sesungguhnya, perpisahan itu amat menyakitkan. Alangkah indahnya jika selepas perpisahan, wujudnya pertemuan. Pasti tiada insan yang merana dan tiada jiwa yang menderita. Dia ingat lagi pesan Amin

"Amin harap Reen semai ikatan hubungan kita dengan baja kejujuran dan keikhlasan supaya bercambah benih kasih dan sayang. Amin doakan kejayaan Reen. Ada jodoh kita akan bertemu kembali"
 

Thursday 12 May 2011

Koleksi novel ahadiat akashah

Tajuk  Novel : Lagenda Budak Setan SAGA 1



 


Pengarang : Ahadiat AkashahPenerbit : Roket Kertas Sdn Bhd
Kualiti : 10/10
Sinopsis :
Membuai jiwa, meruntun perasaan, mengundang ceria segala suka duka terhimpun di sini. adakah senyuman yang tercipta atau airmata kesudahannya? hanya Tuhan yang menentukan segalanya. . . Lebih satu dekad Kasyah mencipta cinta. Dari lelaki yang tak pernah kenal erti kasih sayang. . . dia menjadi pencinta agung. Dia tabah mengharungi apa saja. . . demi sumpahnya mencintai ayu sehingga ke akhir hayat. Setulus manakah agaknya cinta seorang lelaki yang pernah dilabelkan sebagai budak setan kerana kenakalannya di zaman persekolahan? Namun, berjayakah dia menyunting Ayu menjadi permaisurinya? Akan bahagiakah dia? Mampukah dibuktikan pada dunia. . . cinta adalah segala-galanya! Cuma Ayu yang punyai jawapan itu. Dan, Allah sebagai penentu! Dan, siapakah pula Katerina?


Harga asal : RM RM 24.90
Harga syafeena : RM 18.00

*novel nie disertakan dengan sarung ea..yang putih ..






Tajuk : Pilot Cafe
Penulis : Ahadiat Akashah
Kualiti : 7/10


Sinopsis
Di Pilot cafe satu lembaran cinta telah mula berputik. Kehidupan ini bermula di mana-mana…tak menentu indah ataupun gundah bila Maya kehilangan jantung hatinya..dia bertemu Ameer..lelaki yang hanya tau menodai cinta. Bermula dengan secangkir kopi panas di Pilot Cafe..segala-galanya berubah untuk mereka berdua. Ameer mula merasai apa itu cinta manakala Maya belajar untuk menolak cinta yang suci. Bagaimanakah berakhirnya kemelut dua insan yang sudah mula memutik bunga-bunga cinta ini…

Harga Asal : RM 19.90
Harga syafeena : Rm 11.00




berminat ?? mesej syafeena 017-5229591 atau emel isya.feena@yahoo.com ..

kos untuk pos : Rm 2.00 (bagi setiap pembelian)..

Followers